Ketumbar /coriander leaves / Coriandrum sativum
sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm 20 inci
Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya bergigi di tepi
Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.
Daun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa yang agak kuat
Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan
Daun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Daun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Daun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Dalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya Daun ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.
Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya.
Akar ketumbar digunakan untuk memasak pelbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.
daun ketumbarnya memiliki beberapa khasiat yang baik untuk kesehatan tubuh kita seperti berikut:
* Pencuci darah (blood cleanser) - membersihkan darah dari racun-racun yang mengandung metal seperti merkuri.
* Membantu pencernaan dan perut kembung
* Mengurangi gejala arthritis
* Infeksi saluran kencing
* Mencegah atau menghilangkan muntah-muntah
* Menurunkan kadar gula
* Menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL
* Mengandung serat (fiber)
* Mengandung zat besi
* Mengandung zat magnesium
No comments:
Post a Comment