Avokado / avocado / Alpukat / Persea americana / la Manzana del invierno
Pokok Avacado merupakan pokok saka yang menghasilkan buah
adalah pokok tempatan di Mexico dan Amerika Tengah, dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Nama "avokado" turut merujuk kepada buahnya dengan biji berbentuk telur.
Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.
Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
dengar cerita di indonesia popular jus alpukat coklat betul..wah macam best je..
saya tak pernah rasa..dan tak tahu bagaimana cara pembuatan nya
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.
Alpukat juga dikenali untuk meningkatkan kesihatan kulit dan rambut Walaupun ia selalu di kenali sebagai sebagai masker untuk muka
No comments:
Post a Comment