suami ku..kata-kata mu adalah awan hujan, dan kedukaan ku adalah kekeringan daripada pasir purba yang kontang, maka apakah jadinya jika datangnya hujan?
Pages
▼
Thursday, October 29, 2009
Petua Lama Yang Berguna
Merawat demam campak.
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).
Khasiat kapur sirih
Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.
Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.
Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.
Menghilangkan bau badan
Dengan hanya menggunakan beberapa helai daun sirih, anda dapat menghilangkan bau peluh dibadan anda yang merimaskan diri anda sepanjang hari. Caranya sebelum anda mandi gosoklah badan anda (keseluruhan) dengan beberapa helai daun sirih. Tentukan dibahagian sudut anggota badan anda dapat digosokkan dengan baik. Selepas itu barulah anda bersihkan badan dan terus mandi. Hasilnya badan anda tidak akan berbau peluh lagi walaupun pada suatu waktu badan anda terlalu banyak mengeluarkan peluh. Bagaimana pun amalkan dua tiga kali dalam sebulan.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Mengatasi semut masuk dalam telinga
Kadang-kadang ada antara anak anda atau anak-anak jiran yang telinganya dimasuki oleh serangga seperti semut yang sukar untuk dikeluarkan. Biasanya keadaan ini berlaku apabila bangun dari tidur ataupun suka bermain disemak-semak, khususnya pada anak lelaki. Mengeluarkan semut tersebut memang satu perkara yang paling menyulitkan sekali, semakin dicungkil untuk dikeluarkan semakin dalam masuknya dan makin menyakitkan. Sebenarnya ada satu cara yang paling baik untuk dilakukan biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang tua-tua. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kapur sirih sebaik-baiknya yang lembut yang telah banyak terendam dengan air. Sapukanlah kapur sirih tadi pada sekeliling telinga anak anda bahagian luar telinganya sahaja. Biarkan seketika pasti semutnya akan keluar dengan sendirinya. Inilah dia petua orang tua-tua.
membentuk kening anak
Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.
Pulihkan kulit melecur.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
Anak-anak kencing malam
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang
Jika anak anda selalu saja kencing malam,
cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya
rambut selalu gugur
Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Menormalkan suhu badan.
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga
Menghilangkan parut
Mulut berbau
tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
Untuk menghilangkan parut-parut
yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang,
tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.
arang kayu perapi rambut
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.
suburkan pokok bunga
Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.
Pulihkan bengkak di kaki.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh
Melegakan tekak akibat batuk
Asam jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Caranya ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan kedalam botol kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat tadi kedalam air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah, mudah-mudahan tekak anda akan merasa lega dan suara tidak lagi serak.
Menghilangkan bau badan
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.
wangikan rambut
Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.
cara wangikan almari
Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.
• Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.
Menghilangkan bau badan.
Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian
Hilangkan batuk
Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor
menurunkan kadar darahj tinggi
Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
• Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
• Daun kucai. Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan air. Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan. Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan
hilangkan pahit daun betik
Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh menghilangkan rasa pahit daun betik itu dengan mencampurkan daun senduduk ketika merebusnya.
Mari hapuskan kelemumur.
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.
Mengelakkan kulit berparut selepas bersalin
Dalam masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika anda mengamalkan ini dengan tekun nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut
khasiat kuniyt muda
Mungkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan
Menghilangkan panau.
Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.
Menghitamkan alis mata
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis…
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.
kurangkan sakit gigi
Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.
Meredakan batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.
pelembab muka semula jadi
Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.
Mengubati penyakit jantung.
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.
penyeri muka
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
putih telur hilangkan parut
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
Kuku mencengkam
Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu, ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi. Apa yang boleh anda lakukan cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat, amalkan sehingga sembuh.
Merawat darah tinggi.
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan
Merawat Kudis
Kudis merupakan penyakit yang sering diidapi oleh anak-anak. Selain daripada ditubuh badan anak-anak juga ada yang mengidap kudis dikepala. Untuk merawatnya, ambil beberapa helai pucuk daun keriang, sedikit daun ribu-ribu, mata kunyit dan beras, giling hingga lumat berserta sedikit air. Kemudian sapukan bahan ini pada kudis-kudis itu.
Menghilangkan jerawat batu.
Kulit yang berjerawat batu mungkin
akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.
Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badan bayi akan berkurangan.
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
khasiat air beras
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga
Hapuskan pecah-pecah telapak kaki.
Ambil buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan hilang.
Masalah cirit-birit
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula
masalah jerawat
Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.
gusi bengkak
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak
tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.
Hilangkan kelemumur
RAMBUT adalah mahkota wanita. la penting lebih-lebih lagi ketika bersiap untuk bersanding. Rambut akan disanggul dan dihias dengan cantik. jika anda mengalami masalah kelemumur, atasinya segera supaya kelemumur tidak jatuh ke bahu dan mencacatkan penampilan anda di atas pelamin. Petua untuk menghilangkan kelemumur adalah dengan menumbuk daun inai sehingga halus sebelum dilumur pada kulit kepala. Kepala pula harus disiram dengan air dahulu baru disapu dengan inai. Kemudian balut dengan plastik. Biarkan selama setengan jam sebelum dicuci hingga bersih. Lihat sahaja hasilnya. Pasti memuaskan.
seri daun inai
Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.
No comments:
Post a Comment