Pages

Thursday, August 27, 2009

kelebihan TeamViewer


Team viewer merupakan salah satu program yang anda akan suka gunakan. Ia memudahkan anda merujuk masalah laptop anda atau pc kepada orang yang tertentu.
Ambillah contoh sekiranya anda ingin mendownload sesuatu program atau ada sesuatu yang tak kena dengan fail yang telah didownload, misalnya, tidak boleh dibuka kerana tidak mempunyai program yang sesuai. Anda bertanyakan kepada rakan anda atau adik-beradik anda yang agak pandai dalam bidang ini, dan dia boleh menyelesaikan masalah anda, namun masalahnya mereka sedang belajar atau bekerja di luar daerah.. bagaimana??Team Viewer mampu membantu anda dengan syarat rakan/adik beradik anda juga mempunyai perisian ini di komputernya.
Setelah anda memuat turun program ini dari www.teamviewer.com. dan anda telah installkan dalam laptop atau pc anda, anda akan diberikan nombor ID dan password.
Berikan ID dan password kepada mereka.
Dan dengan cepat mereka dapat mengendalikanpc atau laptop anda dari jarak jauh dan menyelesaikan masalah anda.
Setelah selesai, pastikan anda menutup program ini. ID dan password akan berubah ubah setiap kali program ini hendak digunakan.
Dengan ini, anda tidak perlu risau kalau-kalau ada orang lain yang akan menceroboh komputer anda menerusi komputer kawan atau adik-beradik anda.
Juga adalah penting untuk pastikan anda memberikan nombor password kepada orang yang anda benar-benar percayai sahaja.

No comments:

Post a Comment