Pages

Friday, August 28, 2009

cinta sempurna - Yuna


Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna Darimuu
Darimuuu...Oahh...
Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu Darimuuu...Oahh...

Lagu&Lirik : Yuna


indahnya lirik lagu yuna ni,
begitulah aku,
siapalah aku untuk mendapat lebih dari ap yang ada
syukur kerana aku di sayangi,dicinta dan di hargai oleh nya

Perihal AiRMATA


PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

Tangis tercela atau terpuji?
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.


Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”

Air mata yang tidak dituntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmat

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.

Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."

(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :


1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.


amin..
aku pula hari hari mengalirkan airmata
tidak mengira waktu,bila hati teringatkan seseorang,bila terlalu menyayangi seseorang bila hati tersentuh,bila hati terasa pilu malah bila hati gembira pun
pasti air mata ini akan gugur
tak mampu aku mengawalnya
bukan aku tak bersyukur
cuma hati ini memang begini airmata menjadi sahabat hidup yang paling akrab
kerdilnya aku

Asal Usul solat

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan . Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya . Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut . Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam. Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.. Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram) Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan
daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Thursday, August 27, 2009

merdeka.....

merdeka! merdeka! merdeka!


salam kemerdekaan yang ke52 buat tanah air malaysia ku yang di kasihi


walaupun pelbagai cabaran dan dugaan pada tahun ini insyallah kita akan berpeluang menikmati nya dengan kedamaian lebih lebih lagi sambutan pada tahun ini di sambut dalam bulan ramadhan yang mulia alangkah indahnya


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati SejiwaBangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup HarmoniSirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan KitaBersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras KejayaanBerpadu......Berpadu

Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Ciptaan :Pak Ngah Lirik : Lokgha






dugaan di bulan puasa











tengok gambar ni rasa best kan?pelbagai juadah berbuka di pasar ramadhan
di MELAKA bazar paling popular dan best adalah bazar ramadhan alor gajah,peringgit,
klebang besar,paya rumput,batu berendam dan banyak lagi laa,kalau pergi rambang mata
rasa nak beli banyak banyak tapi bila makan tak pernah habis
dari itu berwaspadalah anda semua elak kan pembaziran eh
nasihat untuk diri ku sendiri hehehe



pelayar atau browser yang mana anda gunakan?

Anda masih menggunakan browser IE untuk surfing internet?? Tahu tak selain dari IE, ada pelayar yang lagi best, macam Mozilla, Google chrome dan Opera.

Anda mencuba satu lagi pelayar iaitu Safari 4.0


Safari 4.0 ini adalah pelayar untuk Mac dan dibangunkan oleh Apple Inc. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan dlm persaingan web browser ini, Apple telah tampil dengan safari 4.0 untuk versi PC selain dari cuba meluaskan pengaruhnya kepada pengguna perisian Windows.

Safari 4.0 ini adalah pelayar untuk Mac dan dibangunkan oleh Apple Inc. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan dlm persaingan web browser ini, Apple telah tampil dengan safari 4.0 untuk versi PC selain dari cuba meluaskan pengaruhnya kepada pengguna perisian Windows

kelebihan Safari 4.0 ini ialah kelainannya yang yang menarik Kalau anda telah biasa menggunakan browser Chrome atau Opera, maka tidak susah bagi anda untuk mencuba browser yang canggih ini.

Setiap laman web kegemaran anda akan tercetak di page 'Top Site'.Kalau di Opera atau Chrome mungkin anda hanya dapat menyimpan 6 laman kegemaraan tetapi di Safari anda boleh menyimpan 3x ganda. Pada processor 1G di PC atau lappy anda, kepantasan Safari 4.0 untuk muat turun laman web dari Top Sites memang sangat memuaskan hati saya.

Cara Mengguna: 1. Download terus dari web site apple : http://www.apple.com/ 2. Klik 'Instal' (saiz fail hanya 27.2Mb) 3. dan anda boleh boleh terus guna


jadi? tunggu apa lagi kembangkan kreativiti anda aplikasi safari 4.0

kelebihan TeamViewer


Team viewer merupakan salah satu program yang anda akan suka gunakan. Ia memudahkan anda merujuk masalah laptop anda atau pc kepada orang yang tertentu.
Ambillah contoh sekiranya anda ingin mendownload sesuatu program atau ada sesuatu yang tak kena dengan fail yang telah didownload, misalnya, tidak boleh dibuka kerana tidak mempunyai program yang sesuai. Anda bertanyakan kepada rakan anda atau adik-beradik anda yang agak pandai dalam bidang ini, dan dia boleh menyelesaikan masalah anda, namun masalahnya mereka sedang belajar atau bekerja di luar daerah.. bagaimana??Team Viewer mampu membantu anda dengan syarat rakan/adik beradik anda juga mempunyai perisian ini di komputernya.
Setelah anda memuat turun program ini dari www.teamviewer.com. dan anda telah installkan dalam laptop atau pc anda, anda akan diberikan nombor ID dan password.
Berikan ID dan password kepada mereka.
Dan dengan cepat mereka dapat mengendalikanpc atau laptop anda dari jarak jauh dan menyelesaikan masalah anda.
Setelah selesai, pastikan anda menutup program ini. ID dan password akan berubah ubah setiap kali program ini hendak digunakan.
Dengan ini, anda tidak perlu risau kalau-kalau ada orang lain yang akan menceroboh komputer anda menerusi komputer kawan atau adik-beradik anda.
Juga adalah penting untuk pastikan anda memberikan nombor password kepada orang yang anda benar-benar percayai sahaja.

rindu,menanti dan mencari malam Lailatul Qadar


Satu perkara yang sering diperkatakan dalam minggu terakhir Ramadan setiap tahun oleh umat Islam ialah mengenai malam al-Qadar yang sering disebut sebagai"Lailatul Qadar". Seperti mana yang dimaklumi, malamal-Qadar penuh keberkatan di sisi Allah SWT. Ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan dan di sebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000bulan.
Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-6 yang bermaksud, "Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar.Apakah yang dimaksudkan malam al-Qadar itu?"Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada1,000 bulan.
Turunlah malaikat dan rohnya dengan izinAllah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar.""Sesunguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih baik daris eribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu(penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS al-Qadr [97]: 1-5).Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah :1. Rasulullah s.a.w memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir ini melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Hadis Aisyah r.a : “Rasulullah s.a.w apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.” - Riwayat BUkhari & Muslim2- Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.Rasulullah s.a.w sentiasa melazimi iktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini dan sekalipun tidak pernah meninggalkannya, baginda beriktikaf bersama-sama isteri-isterinya ketika baginda hidup dan sesudah wafatnya. Disunatkan memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca Al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa, menghadiri majlis ilmu, mendalami ilmu agama seperti hadis, tafsir, sirah dan sebagainya.3- Malam Lailatul QadarPada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yagn dinamakan Lailatul Qadar.1. Diturunkan Al-Quran pada malam ini. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar.” - Al-Qadar 1 2. Lailatul Qadar adalah terlebih baik dari seribu bulan, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.” Al-Qadar 3 3. Malam yang disifatkan oleh Allah s.w.t sebagai malam penuh keberkatan. Maksud firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati.” - Al-Dukhan4. Pada malam ini juga diturunkan pada Malaikat dan para malaikat tersebut telah turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini5. Pada malam ini juga Allah s.w.t telah menetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” - Al-Dukhan 4. Urusan yang penuh Hikmah menurut Imam Fakhrurrazi ialah pada malam itu Allah s.w.t menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.6. Allah s.w.t mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan Bilakah berlakunya Malam Lailatul Qadar ini?Rasulullah s.a.w ada memberikan kita “klu” melalui maksud sabdanya : “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.” - Riwayat BUkhari & MuslimSabdanya lagi : “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.” - Riwayat BUkhariJika diteliti dari kedua-dua maksud hadis tersebut, kita akan dapati malam 23, 25. 27 dan 29 paling menepati malam-malam ganjil yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w tersebut dan pada 10 malam terakhir inilah Rasulullah s.a.w menggandakan ibadat beliau.Antara ketentuan yang diperakukan oleh ulama mengenai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan itu kemungkinan jatuh pada tarikh berikut:- Pada malam 17 Ramadan; atau- Pada malam ganjil mulai dari 10 hari yang terakhir pada Ramadan.Selain itu, banyak sekali hadis yang menyarankan umat Islam supaya mencari malam al-Qadar. Antara hadis yangdapat dikutip dalam kitab fikh yang memperkatakan suruhan atau amalan untuk 'menemui' malam al-Qadarmenyebut:i. Dalam Sunah, Abu Daud, Ibn Mas'ud menyatakan,"carilah malam al-Qadar pada malam 17 Ramadan...";ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "carilah dengan sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam yang terakhir pada Ramadan";iii, Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar, Rasulullah menyebut, "Saya melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahawa Lailatul Qadarpada tujuh malam terakhir. Maka sesiapa yang hendak mencari Lailatul Qadar, carilah pada malam tujuh yang terakhir";iv. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, Rasulullah bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, jika seseorang kamu mencari maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tujuh malam terakhir";danv. Bagi al-Qurtubi, seorang ulama menyatakan bahawa,jumhur ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalahpada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan Rasulullah SAWbersabda, malam al-Qadar adalah malam 27 Ramadan".Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkandengan jelas tarikh Lailatul Qadar yang tepat. Apakahhikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenarLailatul Qadar?Menurut Prof Dr T M Hasbi Ash Shiddeqy dalam bukunyaPedoman Puasa, beberapa ulama sependapat bahawa tarikh berkenaan di rahsiakan supaya umat Islam benar-benar beriman, bertaqwadan ikhlas beribadat serta berusaha untukmendapatkannya.Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf memberi beberapa pandangan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya adalah:- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapmalam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;- Allah menyembunyikan saat 'ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;- Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik; dan- Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepadaNya.
Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk melakukan ibadat dalam usaha kita menemui malam yang telah disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Insya-Allah.

Tuesday, August 25, 2009

salam ramadhan



Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.
Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam 3 :
Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 :
Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang Terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim (a.s).
Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad (s.a.w).
Malam 10 :
Allah (s.w.t) mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 :
Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang Terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 :
Semua malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 :
Allah (s.w.t) tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga.
Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 :
Seru malaikat : Hai ! Hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 :
Allah (s.w.t) tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus.
Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin
Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur .
Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 :
Allah (s.w.t) binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur
Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud).
Malam 25 :
Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 :
Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29 :
Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya pahala seribu kali Haji Mabrur
Malam 30 :
Allah (s.w.t) beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : " Hai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang bernama Al-Kauthar".

Tuesday, August 4, 2009

nota pagi ni

assalamualaikum..salam ukhwah..selamat pagi
syukur alhamdulilah akhirnya satu lagi blog terbit selepas blog kerja saya


pagi ni sungguh dingin,masuk kerja saja,ada 2 remaja sudah menanti untuk m'akses internet
sempat juga berkemas menyapu dan membersihkan pc,membuang habuk2,

selepas itu saya,mencuri masa membuka blog,walaupun fikiran ini kosong namun hati menyimpan satu rasayang sukar di ungkap kan