my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 20, 2010

Tanaman Miko ...4


Tanaman miko 
Tebu ungu bermula 2 ruas,sekarang dah semakin membesar
pokok lengkuas
pokok durian belanda,dulu banyak juga anaknya tapi dah di sedekahkan pada jiran untuk di buat ubat sakit gout caranya, keringkan akar durian belanda,kemudian rebus dan minum airnya
pokok nenas sarawak,buahnya besar dan isi manis
pokok pandan
pokok longan china
pokok laici


Kelebihan Solat Tarawih ( malam ke sebelas hingga malam ke tiga puluh)


 Kelebihan Solat Tarawih ( malam ke sebelas hingga malam ke tiga puluh)




11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.



12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.



13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.




14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.



15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.



16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.



17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.



18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).



19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.



21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.



22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.



23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.



24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.



25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.



26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.



27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.



28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.



29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.



30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Air Mata kuciNg

Air mata kucing kering


bahan
1 cawan buah mata kucing kering
2 keping gula nipah
1 cawan gula pasir
sedikit gula batu
1 litre air putih
2 helai daun pandan di simpul
method
masak air putih bersama,gula nipah dan gula dan gula batu hingga hancur
tapiskan
masak semula air gula yang di tapis tadi dengan buah mata kucing kering sehingga mendidih
sejukkan dan hidang
miko: air mata kucing ni kalau hidang masa berbuka memang best sebab ia menyejuk kan tekak

Kuih puteri ayu

Kuih puteri ayu … comel
bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu ovelette
1 sudu  baking powder
 sedikit pewarna hijau  
1 kotak santan ms

bahan kelapa
2 cawan kelapa parut putih sahaja
1 sudu tepung ubi
sedikit garam
  
method
satukan tepung gandum,baking powder

manakala telur di pukul dengan gula hingga kembang,masuk kan ovelette dan pewarna hijau

kemudian masuk tepung sedikit demi sedikit bersama santan 

bahan untuk kelapa pula satukan ke semua bahan,gaul mesra

ambil acuan sapu dengan sedikit minyak,ambil sedikit inti kelapa,masukan ke dalam acuan dan tekat padat,kemudian tuang adunan tepung,dan kukus


miko: bulan puasa ni kalau buat kuih main agak agak dan ikut hati je,tak leh rasa,jadi kira halal la eh


Tuesday, August 17, 2010

kastard jagung simple


kastard jagung simple


bahan
2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan gula -  kurang atau lebih terpulang
4 cawan santan
1 tin jagung di blender kasar
secubit garam

method  
campurkan tepung,gula dan santan

masuk kan dalam periuk,kecilkan api dan sentiasa kacau

apabila adunan hampir pekat masuk kan jagung

kacau lagi hingga kastard berkilat dan likat

tuang dalam acuan dan sejuk kan

Friday, August 13, 2010

Kuih Ketayap Jumbo

kuih ketayap jumbo


Bahan-Bahannya
2 cawan tepung gandum
3 camca besar tepung ubi
1 biji telur
air di blender dengan daun pandan
garam
1 sudu kecil pewarna hijau

inti
2 keping gula anau
1 cawan air
½ biji kelapa parut
daun pandan di simpul

method

Satukan tepung gandum, tepung ubi dan garam dan telur,tuang air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan tapis

panaskan kuali yang di masukan sedikit minyak,tuang sesenduk adunan,ratakan adunan hingga nipis,setelah masak angkat

masukan sesudu atau lebih inti ke dalam kuih dadar tadi gulung dan lipas dengan kemas

method

masukan gula anau,air dan daun pandan yang di simpul,masak hingga gula hancur dan mendidih

kemudian masuk kan kelapa,kacau hingga hingga pekat/melengas

allah hu akbar,kuih ketayap miko ni saiznya jumbo ekekeh..terlebih pusing masa nak ratakan adunan..makan satu je dah kenyang,alhamdulilah

Thursday, August 12, 2010

Lemon balm / Melissa officinalis

Lemon balm / Melissa officinalis / Verbena



Lemon balm adalah spesies Monarda, ramuan asli dalam keluarga mint Lamiaceae, ditemui di Eropah selatan dan wilayah Mediterranean.

Lemon balm tumbuh 70-150 cm. Daun mempunyai aroma lemon yang lembut, berkaitan dengan mint. Selama musim panas, bunga putih kecil penuh nektar muncul. Ini menarik lebah, maka nama genus Melissa (Greek untuk 'lebah madu'). rasa nya berasal dari sitronelal (24%), geranial (16%), linalyl asetik (12%) dan caryophyllene (12%).

 Di Amerika Utara, Lemon balm telah tersebar penanaman secara liar

Lemon balm memerlukan cahaya dan sekurang-kurangnya 20 darjah Celcius (70 darjah Fahrenheit) untuk tumbuh, sehingga yang terbaik adalah tanaman dalam bilik atau di musim bunga dan bukan untuk menutup biji.

Ada banyak kultivar Melissa officinalis, beberapa yang lebih umum adalah:

    * Melissa officinalis 'Serai'
    * Melissa officinalis 'Lemonella'
    * Melissa officinalis 'Quedlinburger'
    * Melissa officinalis 'Kapur'

Lemon balm sering digunakan sebagai penyedap ais krim dan teh herba, baik panas dan sejuk, Lemon balm seiring dalam kombinasi dengan herba lain seperti spearmint.

selain digunakan dalam hidangan ikan dan merupakan bahan utama dalam  lemon balm pesto.

dari segi perubatan daun lemon balm
di lumatkan kemudian di sapu tempat yang di gigit nyamuk

Lemon balm juga digunakan medicinally sebagai teh herba, atau dalam bentuk ekstrak. Hal yang dituntut mempunyai antibakteria, sifat antivirus (itu adalah berkesan terhadap simpleks herpes)

ekstrak balsam Lemon juga di katakan mengandungi antioksidan yang sangat tinggi
Lemon balm digunakan dalam beberapa variasi pasta gigi colgate Herbal untuk sifat-sifatnya menenangkan dan aromatik.


Wednesday, August 11, 2010

Puteri bersiram

pemanis berbuka puasa buat hari pertama ramadhan



puteri bersiram

bahan
2 cawan tepung pulut
air
pewarna hijau
1 kotak santan ms
1 senduk kecil gula melaka hiris
1 senduk kecil gula pasir

method


bancuh tepung pulut dan air,hingga jadi adunan

asing satu adunan asal dan satu adunan di campur warna hijau

buat adunan sebesar guli dan tekan di tengahnya

didihkan air,kemudian masukan adunan tadi,bila adunan timbul angkat dan ketepikan

cairkan gula melaka dan gula pasir,kemudian tapis

masukan gula tadi ke dalam santan,didihkan bersama,masuk daun pandan yang di simpul,

bila mendidih,angkat dan hidangkan

miko : bulan pose ni kurangkan gula dalam makanan

Tuesday, August 10, 2010

seLamat menyambut kedataNgan Ramadhan 1431

selamat berpuasa untuk pengikut blog miko,silent reader dan untuk semua umat islam ramadhan yang berkah ni  membawa makna yang tersurat dan tersirat muga kita sama sama mendapat keberkatan nya



Kelebihan Solat Tarawih (Malam pertama hingga ke sepuluh)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Monday, August 9, 2010

doa pembuka 12 pintu


doa pembuka 12 pintu merupakan doa yang diajar oleh dato' fadzilah kamsah dalam setiap ceramah dan kursus beliau. doa ini sangat baik untuk diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. semoga mendapat ganjaran dengan mengamalkan doa 12 pintu ini. amin.
http://fadzilahkamsah.com

Sunday, August 8, 2010

cempedak goreng MiKo

cempedak goreng



bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung goreng rangup delima
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
air
garam

method
campurkan kesemua bahan di atas,kemudian masukan cempedak dan goreng dalam minyak yang banyak

sedap tau,tepung rangup delima bleh beli kat tesco

lebih adunan tepung boleh la goreng pisang nangka dan 3 biji pisang nipah


kuih bakar pandan comel

kuih bakar pandan comel


bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
2 biji telur ayam gred A
1 cawan jus pandan (daun pandan yg di blender dengan air suam)
1 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau
garam
bijan putih

method

satukan tepung gandum,santan,telur,jus pandan,dan gula pasir

gaul rata,selepas itu blender agar sumaa halus,tapiskan adunan ke dalam mangkuk lain

masuk kan sedikit garam,pewarna hijau dan bijan kacau rata

griskan acuan dengan minyak agar adunan tidak melekat,masukan adunan dan tabur bijan lagi ke atasnya

bakar 180 c selama 3o minit,cucuk dengan lidi di tengah2 kuih untuk pastikan kuih benar benar masak eh
kalau garing lagik sedap

PajeRi TeruNg

pajeri terung tanpa kerisik

bahan
3 biji terung panjang di belah 2
1 stick kulit kayu manis dipatah 2
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu serbuk kari
1 kotak santan ms
2 keping asam gelugur
1 sudu brown sugar
garam

bahan kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segengam udang kering di rendam (untuk buang masin)

method
tumis bahan kisar hingga naik bau,masuk kan rempah,kacau lagi hingga pecah minyak

apabila layu masukan rempah kari kemudian masukkan santan, biarkan sampai mendidih,perasakan dengan garam dan gula

masukkan terung,masak sehingga kuahnya pekat

Yerba mansa / Anemopsis californica

Yerba mansa / Anemopsis californica / kadal ekor / Lizard Tail / Rawa Root / 


Yerba mansa  merupakan tanaman berbunga dalam keluargaSaururaceae.Ini adalah satu-satunya spesies dalam genus Anemopsis monotypic,
berasal dari Amerika Utara barat daya

Yerba mansa bermaksud "ramuan menenangkan" dalam bahasa Sepanyol Yerba = "ramuan"; mansa = "tenang atau tenang"


yerba mensa tanaman yang tumbuh rendah dengan bulat, daun agak berair dari 3 "hingga 6" panjang, tumbuh dari dasar. Bunganya mirip coneflowers. Setelah dewasa, bahagian tanaman terlihat berkembang noda merah, akhirnya berubah merah cerah pada musim gugur,Tanaman ini sangat aromatik, serupa dengan Eucalyptus

 Bagi masyarakat adat dari Southwest dan Mexico, Yerba Mansa telah umum digunakan sebagai ubat,Yerba Mansa ditemui di berdiri di wilayah rawa rawa sepanjang sungai seperti Colorado,daerah-daerah di Sonora dan Chihuahua, Mexico
Yerba Mansa telah digunakan selama berabad-abad untuk kurang penyembuhan infeksi pada mulut, seperti gula-gula, mulut dan tekak luka; usus masalah seperti perut dan bisul duodendal jangkitan saluran kencing, dan berguna untuk arthritis kerana merangsang ekskresi asam urat dan mempunyai kesan anti-inflamasi
anti bakteria sehingga sangat berguna untuk jangkitan kulit juga mengubati kandidiasis vagina


Akar Yerba mansa dikumpulkan pada musim gugur dan musim sejuk, ketika dedaunan telah mati kembali.  Cuci dan keringkan keseluruhan selama beberapa minggu, kemudian hiris menjadi beberapa bahagian untuk memudahkan pengeringan.setelah kering ia di jadikan serbuk melakukan sesuatu untuk serbuk untuk di gaul dengan teh atau air untuk mencuci dan di jadikan antiseptik.  Yerba mansa tersedia dalam bentuk kapsul

Marjoram / Origanum majorana / sweet marjoram / wild oregano

Marjoram / Origanum majorana / sweet marjoram / wild oregano /


Marjoram dari keluarga Lamiaceae adalah ramuan kekal agak dingin-sensitif atau undershrub dengan pinus manis dan rasa jeruk. Di beberapa negara tengah-timur, marjoram di samakan dengan oregano, dan ada nama-nama dan rajutan Sweet marjoram marjoram digunakan untuk membezakannya dari tanaman lain dari genus Origanum

nama marjoram berasal dari majorane Lama Perancis, iaitu Zaman Pertengahan Latin majorana tidak secara langsung berasal dari kata Latin maior
 Marjoram adalah adat dari daerah Mediterania dan diketahui oleh orang Greek dan Rom sebagai simbol kebahagiaan

 orang Rom percaya bahawa marjoram telah di sentuh oleh Venus yang meninggalkan bauan herba yang wangi untuk kecantikan manusia 

Marjoram diusahakan untuk daun nya yang menghasilkan aromatik, baik hijau atau yang kering, di gunakan untuk keperluan memasak
Hal ini sering digunakan dalam kombinasi herba seperti Herbes de Provence dan Za'atar
 Daun dan bunga marjoram  mengeluarkan minyak esensial yang berwarna kekuningan (gelap sampai coklat kerana usia) 

majoram di cambah melalui benih dan memelukan cahaya matahari yang baik untuk tumbesaran

di dalam masakan mojaram di gambarkan sebagai oregano ringan
dengan sedikit rasa balsamic,ia boleh di tambah ke dalam semua jenis daging,ikan,telur,sup dan berkeju
selain penting dalam masakn itali,mojaram juga sesuai di tambah ke dalam salad
 dari segi perubatan mojaram di katakan dapat membantu pencernaan,antipasmodic,mampu mengeluar dan meningkatkan peluh dan menggalakan menstruasi

Summer savory / Satureja hortensis

Summer savory / Satureja hortensis / borsikafu / Bohnenkraut / sarriette / throúmbi / santoreggia /
 

spesies mempunyai rasa yang sedikit lebih pahit namun bila di gunakan bersama masaakn sosej ia mengeluarkan aroma wangi,penggunaan nya lebih kerap dalam suasa sejuk
 
Tanaman ini tumbuh sekitar 30-60 cm (0,98-2,0 kaki) tingginya dan mempunyai daun hijau tirus hampir berwarna gangsa mempunyai bunga berbentuk tabung berwarna ungu yang mekar dari bulan Julai hingga September.

 summer savory digunakan untuk membuat minuman seperti fricot, dan pai daging. daunya juga di jadikan herba kering

di Cyrllic Bulgaria Summer savory disebut chubritsa memainkan peranan penting dalam masakan

summer savory disebut cimbru di Romania dan digunakan dalam masakan Romania, terutama di Sarmale (stuffed kubis atau gulungan daun anggur).

dari sudut kesihatan summer savory bermanfaat untuk paru-paru dan kepala, di gunakan sebagai alat bantu yang berguna untuk pencernaan perut kembung dan kolik, tonik umum dan untuk mengelakkan diarrhea