Satu perkara yang sering diperkatakan dalam minggu terakhir Ramadan setiap tahun oleh umat Islam ialah mengenai malam al-Qadar yang sering disebut sebagai"Lailatul Qadar". Seperti mana yang dimaklumi, malamal-Qadar penuh keberkatan di sisi Allah SWT. Ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan dan di sebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000bulan.
Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-6 yang bermaksud, "Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar.Apakah yang dimaksudkan malam al-Qadar itu?"Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada1,000 bulan.
Turunlah malaikat dan rohnya dengan izinAllah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar.""Sesunguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih baik daris eribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu(penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS al-Qadr [97]: 1-5).Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah :1. Rasulullah s.a.w memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir ini melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Hadis Aisyah r.a : “Rasulullah s.a.w apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.” - Riwayat BUkhari & Muslim2- Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.Rasulullah s.a.w sentiasa melazimi iktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini dan sekalipun tidak pernah meninggalkannya, baginda beriktikaf bersama-sama isteri-isterinya ketika baginda hidup dan sesudah wafatnya. Disunatkan memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca Al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa, menghadiri majlis ilmu, mendalami ilmu agama seperti hadis, tafsir, sirah dan sebagainya.3- Malam Lailatul QadarPada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yagn dinamakan Lailatul Qadar.1. Diturunkan Al-Quran pada malam ini. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar.” - Al-Qadar 1 2. Lailatul Qadar adalah terlebih baik dari seribu bulan, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.” Al-Qadar 3 3. Malam yang disifatkan oleh Allah s.w.t sebagai malam penuh keberkatan. Maksud firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati.” - Al-Dukhan4. Pada malam ini juga diturunkan pada Malaikat dan para malaikat tersebut telah turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini5. Pada malam ini juga Allah s.w.t telah menetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” - Al-Dukhan 4. Urusan yang penuh Hikmah menurut Imam Fakhrurrazi ialah pada malam itu Allah s.w.t menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.6. Allah s.w.t mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan Bilakah berlakunya Malam Lailatul Qadar ini?Rasulullah s.a.w ada memberikan kita “klu” melalui maksud sabdanya : “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.” - Riwayat BUkhari & MuslimSabdanya lagi : “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.” - Riwayat BUkhariJika diteliti dari kedua-dua maksud hadis tersebut, kita akan dapati malam 23, 25. 27 dan 29 paling menepati malam-malam ganjil yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w tersebut dan pada 10 malam terakhir inilah Rasulullah s.a.w menggandakan ibadat beliau.Antara ketentuan yang diperakukan oleh ulama mengenai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan itu kemungkinan jatuh pada tarikh berikut:- Pada malam 17 Ramadan; atau- Pada malam ganjil mulai dari 10 hari yang terakhir pada Ramadan.Selain itu, banyak sekali hadis yang menyarankan umat Islam supaya mencari malam al-Qadar. Antara hadis yangdapat dikutip dalam kitab fikh yang memperkatakan suruhan atau amalan untuk 'menemui' malam al-Qadarmenyebut:i. Dalam Sunah, Abu Daud, Ibn Mas'ud menyatakan,"carilah malam al-Qadar pada malam 17 Ramadan...";ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "carilah dengan sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam yang terakhir pada Ramadan";iii, Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar, Rasulullah menyebut, "Saya melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahawa Lailatul Qadarpada tujuh malam terakhir. Maka sesiapa yang hendak mencari Lailatul Qadar, carilah pada malam tujuh yang terakhir";iv. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, Rasulullah bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, jika seseorang kamu mencari maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tujuh malam terakhir";danv. Bagi al-Qurtubi, seorang ulama menyatakan bahawa,jumhur ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalahpada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan Rasulullah SAWbersabda, malam al-Qadar adalah malam 27 Ramadan".Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkandengan jelas tarikh Lailatul Qadar yang tepat. Apakahhikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenarLailatul Qadar?Menurut Prof Dr T M Hasbi Ash Shiddeqy dalam bukunyaPedoman Puasa, beberapa ulama sependapat bahawa tarikh berkenaan di rahsiakan supaya umat Islam benar-benar beriman, bertaqwadan ikhlas beribadat serta berusaha untukmendapatkannya.Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf memberi beberapa pandangan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya adalah:- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapmalam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;- Allah menyembunyikan saat 'ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;- Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik; dan- Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepadaNya.
Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk melakukan ibadat dalam usaha kita menemui malam yang telah disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Insya-Allah.